Sunday, November 30, 2008

Kembali Lagi

Akhirnya aku kembali lagi.....Heheheh setelah beberapa lama malas nak buat hari nie baru la ada sedikit mood untuk memblog balik. Perkara pertama sekali seorang lagi kawan aku mengakhiri zaman bujangnye 2 minggu lepas. Malik si budak terengganu. mamat nie adalah senior kepada wife aku masa kat Uitm seri Iskandar dulu dan juga sebagai x office mate masa Jurubena Bertiga dulu. tapi kengkadang ada gak jumpa dia kat Masjid Muadz Bin Jabbal kat setiawangsa. Bagi aku mamat nie budak baik dan soft spoken.


Aku g kawin dia biasa la ngan orang2 yang tersayang aku. Bisalah kalau dah kawan kawin mesti jumpa kengkawan lama terutama sekali wife aku. Masa majlis tu anak perempuan aku tak boleh duduk diam almaklum lah dah dapat kaki. jenuh aku mengejar dia. dan biasa la kalau dah beranak pinak nie makan kena la gilir2 ye tak?.....
Malam tu pulak biasalah g tengok bola kat era maju. oh ya baru aku teringat beberapa hari sebelum tu aku gatal tangan pergi mengodek iPhone aku sampai terpaksa format balik, tention betul aku tapi aku dapat satu pengajaran kat situ.....kalau ada prob lagi ngan iPhone aku aku dah tau bikin balik dan semua application ngan games dah boleh guna balik YaHoOoOoo....tapi kalau aku lepak ngan budak2 kat era maju phone aku nie mesti tak da kat tangan aku. orang nie nak main game la, orang tu nak main game la. tapi hari tu dorang telah dikechiwa kan oleh aku sebab malam tu satu program pun tak ada yang ada cuma basic program je tu yang dorang main tangkap gambar nie. gambar hancai ngan gambar man. banyak lagi dorang snap tapi aku letak dua nie cukup.
Ok sekarang nie cerita pasal opis pulak. setelah 11 bulan aku bekerja sing dan kengkadang ada sampai malam kat opis nie baru nie 1st time meeting ngan big bos pasal opis. giler siot. nie ada gambar suasana masa staff meeting hari tu. kalau korang nak tengok rupa Big Boss aku nie dia aku perkenalkan Raja Dato'Kamarul Bahrin Shah. Nie pun aku amik gambar secara Chori-Chori....





Aku ada satu persolan yang masih menjadi tanda tanaya di dalam kepala hotak aku nie. kalau korang tengah bawak kereta ke motor ke apa korang rasa bila ada sebuah lori yang besar sambil membawa muatan 2 pipe besar macam dalam gambar yang aku letak nie? bukankah lori tu sepatutnyer bawak 1 paip je bukan 2? aku mula mula tak ada la rasa cuak bila lalu bersebelahan dengan lori nie tetapi bila dah perasan yang lori nie bawak 2 paip besar tetiba je aku jadi cuak. pekara yang membuatkan aku cuak adalah kerana paip yang sebesar itu hanyalah diikat dengan 2 tali sahaja. Masa aku memotong lori nie seriau je rasa...Perghh....


Last friday wife aku tak berapa sihat so secara automatiknyer aku kena menghantar anak2 aku kerumah pengasuh kat AU2 secara solo. Anak2 aku dua2 nak duduk depan. yang kecik tu tak nak dukuk dan yang abang lak taknak duduk belakang so dia kena jaga adik dia. walaupun aku tau meletakkan anak2 tanpa 'car seat' adalah bahaya tapi aku tak ada pilihan sebab 'car seat' anak aku ada kat rumah pengasuh. tapi lain kali aku akan cuba tak bagi dorang bediri dalam kereta. tak lama lagi pulak orang yang dukuk kat belakang pun kena pakai tali pinggang. aku ada masalah sikit ngan anak jantan aku nie, kalau naik kereta suka bediri kat belakang. dah berapa kali dah tergolek masa aku break kereta. cuba korang tengok anak perempuan aku nie siap 'pose' lagi masa aku amik gambar dia. Comel kan??....


Kerja kat opis sekarang nie agak berkurangngan dan bila dah tak banyak kerja tu mula la main games kat iPhone aku. Sambil sambil tu meng muat turun games yang best2 kat website.Dan sambil2 tu menyenap gambar antaranyer gambar nie. Ada orang lak dalam cermin nie. mula2 aku nak amik gambar opis aku dalam cermin nie tetiba je ada satu hamba Allah nie terjenguk-jenguk kat dalam cermin aku nie. lepas tu aku pun suruh la dia tunduk sikit kalau tak nampak badan je. Okalah buat masa nie aku dah nak main game lak. nanti bila lak aku nak update blog aku nie pun tak tau. tapi kalau kumpul2 bagi banyak pun ok gak kan?....


















No comments: