Friday, August 10, 2012

Hari Mengecat Rumah

Alhamdullillah... Setelah urusan jualbeli dah selesai, kini tiba masanya untuk mengecat rumah. Urusan jual beli rumah nie cukup lama. Sejak Januari 2007 sampai Julai 2012 Lebih kurang sebaya ngan Hannah. Hannah pon dah 5 tahun dah... Perghhh... Lama giler urusan rumah nie. Bermacam dugaan dan cabaran untuk membeli rumah nie.
Rumah nie sebenarnya adalah rumah peninggalan arwah apak dulu. Pada asalnya, adik beradik nak jual rumah nie kat orang lain. Dari dijual kat orang, lebih baik aku beli. Lagi satu, rumah nie banyak kenanganya. Aku membesar kat rumah nie apa.. Dari Wangsa Maju nie bukak sampai sekarang. Segala perubahan di Wangsa Maju nie aku tau.

Walaupun rumah nie kecik, tapi korang banyangkan macam mana kami yang mempunyai 12 adik beradik boleh tinggal dalam rumah yang bersaiz 49msq... Hebat bukan??? Kalau semua balik untuk beraya, padat macam ikan sardin. Kalau tido lak, dari living sampai dapur... Hahahahaha

Ini pon aku cuma sempat untuk cat je. Tiles pulak lepas2 nie.. Hehehehe

Apa-apa pun, Alahamdulillah segalanya dah selesai.

No comments: